LENGAT labu merupakan makanan tradisional yang semakin jarang ditemui di mana-mana.
Disebabkan itu, ia kurang dikenali oleh generasi muda terutama yang membesar di bandar.
Bagi memastikan menu warisan ini tidak hilang dek zaman, Seri kongsikan resipi untuk dicuba di rumah.
Bahan A (untuk lengat):
-800 gram labu kuning (direndam dalam air bersama satu sudu kecil kapur masakan)
-enam hingga lapan sudu besar gula
-500 mililiter santan pekat
-200 mililiter air
-satu sudu kecil garam
-empat sudu besar tepung gandum
-dua sudu kecil tepung ubi kayu
-sehelai daun pisang (dilayurkan)
Bahan B (untuk sagu):
-satu cawan sagu
-10 cawan air
-½ paket gula melaka
-½ cawan gula perang
-tiga cawan air biasa
-dua helai daun pandan
Cara penyediaan:
-Rendam labu di dalam air yang dicampur kapur masakan selama 15 minit. Kemudian bilas dan kukus 15 minit.
-Susun labu yang dikukus atas loyang beralaskan daun pisang yang telah dilayur
-Taburkan gula ke atas labu.
-Campurkan santan, air, garam, tepung gandum, tepung ubi kayu, kemudian aduk rata dan tapis. Tuangkan adunan santan ke atas labu dan kukus 15 minit.
-Bagi penyediaan sagu, didihkan air dahulu dan masukkan sagu. Masak hingga ia separuh jernih, tutupkan periuk dan biarkan terendam selama 30 minit.
-Masak gula melaka, gula perang, daun pandan dan tiga cawan air. Kemudian, biarkan suam.
-Bilas sagu dengan air dan rendamkan ke dalam air gula melaka.
-Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!










