Pajeri nanas daging

Pajeri nanas daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Pajeri nanas daging merupakan sajian tradisional Melayu yang menggabungkan rasa manis, pedas, masam dan lemak dalam satu hidangan kaya dengan rempah ratus. Justeru, bagi sesiapa sahaja yang mencubanya, pasti akan menambah nasi untuk kali kedua.
Bahan-bahan:
1 kilogram daging lembu
1 batang serai
Minyak masak
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Rempah kari daging
1 biji nenas masak
Santan parut
gula Melaka atau gula merah
Garam secukup rasa
Sedikit kerisik
Cara penyediaan:
Tumbuk sehingga lumat bawang merah dan bawang putih dahulu.
Panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih hingga naik bau. Setelah itu, masukkan bawang yang telah ditumbuk.
Ambil dalam anggaran empat atau tujuh sudu besar, dan bancuh menggunakan air suam. Selepas itu, masukkan ke dalam kuali, tumis hingga pecah minyak dan pastikan api sederhana.
Kemudian masukkan daging yang telah dipotong. Tambah sedikit air biasa.
Tambah santan yang telah diparut, sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan nanas dan masak sehingga lembut, tetapi jangan terlalu lama supaya tidak hancur.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula melaka serta sedikit kerisik.
Pajeri nanas daging sedia dihidang untuk dinikmati bersama nasi putih dan sambal belacan. Selamat mencuba.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×