PARLIMEN Suriname meluluskan pelantikan Jennifer Simons sebagai presiden wanita pertama negara Amerika Selatan itu minggu lalu, sekali gus membuka laluan kepada beliau untuk menerajui negara yang dijangka mengalami ledakan ekonomi hasil minyak. Simons, 71, dilantik sebagai presiden selepas enam minggu pilihan raya umum menyaksikan parti pemerintah dan pembangkang utama hampir seri dalam perebutan kerusi Parlimen, yang akhirnya membawa kepada pembentukan kerajaan gabungan untuk menyokong pelantikan. Parti pembangkang pimpinannya, Parti Demokrat Kebangsaan, memenangi 18 kerusi, manakala Parti Reformasi Progresif pimpinan presiden semasa, Chan Santokhi, memperoleh 17 kerusi dalam pilihan raya parlimen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya