KANDUNGAN pendidikan berlagu, nasihat keibubapaan dan gaya mesra kanak-kanak menjadikan Ms Rachel figura yang digemari jutaan keluarga di seluruh dunia. Di Instagram, penampilannya yang ceria, lengkap dengan ikat rambut merah jambu dan baju luar denim, menyerlahkan imej seorang pempengaruh yang komited memberi inspirasi kepada ibu bapa serta kanak-kanak. Rachel Griffin Accurso, 42, bukan sahaja dikenali kerana membantu kanak-kanak menguasai kemahiran asas seperti latihan tandas, malah turut memberikan sokongan moral kepada…