SARAH Lezito tidak menyangka minat terhadap motosikal sejak kecil membuka jalannya sebagai pelakon lagak ngeri di pentas Hollywood. Wanita berusia 32 tahun itu pernah menggantikan Scarlett Johansson sebanyak dua kali dalam filem Avengers 2 dan Black Widow, selain muncul dalam 12 filem lain termasuk The Batman. Beliau merupakan antara pelagak ngeri wanita yang menunggang motosikal dan memiliki ramai pengikut di media sosial, sekali gus membantu melonjakkan namanya ke Hollywood. Dalam…