Nasi beriani ayam beraroma

Nasi beriani ayam beraroma

Sajian ini bukan sahaja sesuai untuk majlis keramaian tetapi boleh dijadikan hidangan tengah hari yang lengkap untuk keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI penggemar hidangan berempah dan beraroma, nasi beriani ayam pastinya menjadi pilihan yang tidak pernah mengecewakan.

Sajian istimewa ini bukan sahaja sesuai dihidangkan pada hari perayaan atau keramaian, malah sesuai dijadikan menu istimewa seisi keluarga pada hujung minggu.

Gabungan rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, jintan manis dan daun salam, bersama ayam yang dimasak bersama yogurt dan garam masala, menjadikan hidangan ini cukup kaya dengan rasa dan aroma yang memikat. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Sous Chef, Aqmal Hakim ini.

BAHAN-BAHAN:
1 kilogram beras basmati
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Daun salam
Cengkih
Jintan manis
200 gram hirisan bawang
80 gram tomato
120 gram halia dan bawang
putih (pes)
5 ketul Peha ayam
Serbuk kunyit
60 gram garam masala
200 gram yogurt
Daun pudina
Garam (ikut citarasa)
300 gram minyak sapi

CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak sapi dalam periuk besar. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, jintan manis dan daun salam. Tumis hingga naik bau.

Tambahkan hirisan bawang merah dan cili hijau, tumis hingga kekuningan.

Masukkan pes halia dan bawang putih, diikuti serbuk cili dan kunyit. Tumis lagi hingga sebati.

Masukkan ayam dan yogurt, kacau rata dan biarkan selama lima minit.

Tambah garam masala dan tuangkan air. Biarkan mendidih.

Setelah mendidih, masukkan beras basmati yang telah direndam dan ditoskan Perasakan dengan garam.

Kacau rata dan tutup periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit atau hingga nasi masak sempurna.

Taburkan daun pudina cili dan kunyit. Tumis lagi hingga sebati.

Masukkan ayam dan yogurt, kacau rata dan biarkan selama lima minit.

Tambah garam masala dan tuangkan air. Biarkan mendidih.

Setelah mendidih, masukkan beras basmati yang telah direndam dan ditoskan. sebelum dihidang untuk aroma segar dan menaikkan selera.-UTUSAN

Selamat mencuba

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×