Char kuetiau telur itik

Char kuetiau telur itik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Selain nasi lemak dan mi goreng, antara makanan popular kegemaran rakyat Malaysia ialah char kuetiau.
Hidangan ini boleh dinikmati pada bila-bila masa sama ada ketika sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang mahupun makan malam.
Minggu ini Seri kongsikan resepi char kuetiau yang istimewa kerana menggunakan telur itik sekali gus melazatkan lagi rasanya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
-250 gram kuetiau
-20 gram kerang
-10 gram kek ikan
-3 ekor udang
-25 gram tauge
-10 gram daun kucai
-20 gram sosej cina
-5 gram cili giling
-2 gram bawang putih (dicincang halus)
-1 sudu minyak
-1 biji telur itik
-5 gram kicap pekat
-3 gram kicap cair
-10 gram sos tiram
-3 gram sos ikan
Cara penyediaan:
1) Panaskan minyak dalam kuali besar dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan kuetiau dan cili giling, kemudian kacau sebati.
3) Tambahkan udang dan kek ikan, goreng hingga hampir masak.
4) Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan sos ikan. Kacau rata hingga beraroma.
5) Kemudian, masukkan kerang, sosej cina, taugeh dan daun kucai. Gaul rata dan goreng seketika.
6) Akhir sekali, pecahkan telur itik ke dalam kuali. Goreng dengan api besar dan kacau hingga telur masak sepenuhnya.
7) Sedia untuk dihidang bersama hirisan limau nipis dan cili jeruk sebagai pelengkap rasa.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN