Baru-baru ini, saya berpeluang menjejakkan kaki ke butik jenama tempatan yang kini menjadi kegemaran saya, Saoi yang terletak di Jalan Abdullah, Bangsar. Saoi adalah untuk generasi milenial dan Gen Z yang menghargai gaya yang chic, moden dan versatil.
Koleksi mereka? Sangat mengagumkan. Daripada beg tangan, kasut, pakaian hingga aksesori semuanya hadir dengan estetik yang boleh digayakan untuk hari-hari biasa, namun tetap cukup elegan untuk momen-momen istimewa.
Salah satu koleksi yang benar-benar mencuri hati saya ialah koleksi Paloma.
Set Paloma ini direka dari material linen 100 peratus dengan cetakan khas. Rekaan ini sangat sesuai untuk cuaca tropika kita.
Paloma hadir dalam tiga rona menawan iaitu Pear, Pink dan Persimmon. Setiap warna membawa aura understated colorful dan feminin.
Tips saya, padankan Paloma top dengan seluar palazzo putih atau denim flare untuk gaya santai hujung minggu. Manakala, skirt Paloma pula sesuai digayakan bersama blaus bersaiz besar atau kemeja crisp putih untuk ke pejabat.
Buat dirimu yang sedang mencari beg 2025, saya cadangkan Elsa Bag.
Beg ini adalah satu statement piece yang akan mengangkat gaya harian dirimu ke tahap baharu. Datang dalam enam rona warna memukau termasuk Croc Olive, Croc Burgundy, Rustic Brown, Pear, Cottage Rose dan Dove.
Edisi khas dengan material croc yang eksklusif direka untuk dirimu.
Elsa cukup praktikal untuk harian. Tidak terlalu kecil, tetapi tetap ringkas dan sofistikated.
Dengan zip berkembar, ruang dalaman berlapik kanvas dan logo timbul yang subtle, Elsa sesuai dibawa ke pejabat atau bersantai bersama temanmu.
Untuk penampilan kasual elegan, gayakan Croc Olive Elsa Bag bersama set Paloma warna Pear, sandal minimalis dan kaca mata hitam. Mahu tampak lebih dramatik? Pilih Elsa dalam Croc Burgundy, padankan dengan baju hitam sleek dan aksesori emas.
Dengan Saoi, setiap helaian bukan sahaja mencerminkan cita rasa, tetapi menyuntik keyakinan dan karakter dalam setiap langkah. Inilah bukti jenama tempatan mampu berdiri megah setaraf antarabangsa dengan keunikan tersendiri, moden dan versatil. Ini baru permulaan.
Nantikan pelancaran Lucy Heels dan Poppy Flats dalam corak polka yang akan datang tidak lama lagi. Sangat très chic dan pastinya akan mencuri tumpuan gaya 2025.
Saoi adalah vibe bagi saya untuk 2025 dan mungkin juga untuk dirimu. Jangan lupa singgah dan rasai sendiri magis Saoi.-UTUSAN










