Lemang cawan pulut hitam

Lemang cawan pulut hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LEMANG merupakan antara juadah yang sentiasa menjadi buruan tetamu di mana-mana rumah terbuka Aidilfitri.
Tidak lengkap suasana raya tanpa menikmati keenakan lemang bersama rendang.
Untuk kelainan, jom cuba buat lemang pulut hitam pula untuk tetamu yang berkunjung ke rumah pada hujung minggu ini.
Pembuatannya sangat mudah, ringkas dan cepat kerana hanya dikukus berbanding kaedah tradisi yang perlu dibakar.
Selain lemang pulut hitam, banyak lagi jenis-jenis lemang lain yang lazat antaranya, lemang jagung, tepung, periuk kera dan durian.
Bahan-bahan:
-1 cawan beras pulut putih
-1 cawan beras pulut hitam
-1 paket santan serbuk
-1¾ cawan santan
-Garam
-Gula
-Cawan kertas secukupnya
-Daun pisang secukupnya.
Cara pembuatan :
-Rendam beras pulut putih dan hitam selama empat jam, kemudian toskan airnya.
-Campurkan santan dengan air dan masukkan garam serta gula secukup rasa.
-Daun pisang digulung dan dimasukkan muat-muat dalam cawan kertas.
-Sudukan ¾ pulut ke dalam cawan kertas.
-Tuangkan santan separas pulut.
-Kacau perlahan dengan sudu supaya santan dan pulut sebati sambil hentak-hentak perlahan.
-Kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak.
-Sedap dimakan bersama rendang ayam daun kunyit.

Terima kasih : Suzyla Sharif

Instagram :  @suzyssharif

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN