Warisan baju kurung Riau

Warisan baju kurung Riau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baju kurung Riau merupakan antara busana tradisional yang mempunyai nilai sejarah dan keunikan tersendiri dalam warisan budaya Melayu.

Berasal dari Riau, Indonesia, rekaan ini terkenal dengan potongan yang longgar dan sopan, sesuai untuk pelbagai acara rasmi mahupun santai.

Kurung Riau menampilkan siluet yang lebih klasik berbanding kurung moden, dengan potongan A-line yang memberi keselesaan dan keanggunan kepada si pemakai.

Minggu ini, saya kongsikan Jemila daripada koleksi Sinaran Raya 2025 keluaran jenama tempatan, Simpul Rapi yang mengetengahkan rekaan baju kurung Riau dengan material cotton embroidery berkualiti tinggi. Koleksi ini hadir dengan potongan A-line longgar, kolar mandarin yang kemas, serta butang diamond pearl yang mesra penyusuan.

Setiap perincian diberi sentuhan istimewa seperti sulaman halus pada bahagian lengan dan hujung baju, ditambah dengan renda berlebihan untuk menaikkan seri rekaannya.

Bahagian lengan pula direka dengan potongan flared yang menambah elemen mewah pada busana ini.

Untuk skirt, rekaan straight cut dengan pleats di bahagian hadapan memastikan keselesaan dan keanggunan apabila digayakan.

Pinggang separa getah dan zip tersembunyi dengan cangkuk pula menjadikannya lebih praktikal untuk dipakai sepanjang hari.

Untuk yang berbadan petite, pilih baju kurung Riau yang tidak terlalu labuh bagi mengelakkan anda ‘tenggelam’ dalam kain.

Gayakan dengan kasut bertumit sederhana bagi memberikan ilusi tinggi.

Pilih tudung yang lebih ringkas tanpa terlalu banyak lapisan agar tidak menenggelamkan bentuk badan.

Bagi yang langsing, potongan longgar masih sesuai digayakan, tetapi pastikan saiznya yang tidak terlalu besar supaya tidak nampak terlalu longgar.

Padankan dengan tali pinggang kecil di pinggang jika mahu menonjolkan bentuk badan dengan lebih kemas.

Warna-warna pastel atau corak sederhana juga membantu memberikan dimensi yang lebih menarik. Jika anda memiliki tubuh curvy, rekaan A-line loose cutting dalam koleksi ini sangat sesuai kerana memberikan keselesaan tanpa menampakkan bahagian tertentu yang terlalu ketat.

Pilih warna lebih gelap atau corak yang tidak terlalu besar bagi memberikan kesan slim. Pemakaian kasut bertumit sederhana dan tudung lilitan ringkas membantu memberikan keseimbangan pada penampilan.

Baju kurung Riau dalam koleksi Sinaran Raya 2025 oleh Simpul Rapi bukan sahaja mengekalkan nilai tradisional tetapi juga diberi sentuhan moden yang sesuai untuk pelbagai bentuk badan.

Dengan perincian yang tak lapuk dek zaman dan potongan selesa, koleksi ini adalah pilihan tepat bagi yang mencari kesempurnaan dalam busana raya anggun serta klasik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×