Sup ayam aroma rempah nusantara

Sup ayam aroma rempah nusantara

ENAK dinikmati bersama nasi atau roti putih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Sup ayam berempah ini adalah hidangan tradisional yang kaya dengan aroma rempah-rempah Nusantara.
Hidangan ini juga sesuai untuk sahur, kerana kuahnya yang ringan tetapi berkhasiat membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.
Resipi yang dikongsikan Cef Ruema Cafe, Raziq Rafice ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan pagi, terutama dinikmati bersama roti seperti roti Perancis atau roti Benggali.
Menu ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari hidangan berkhasiat, mengenyangkan dan penuh kehangatan. Selamat mencuba.
Bahan utama
I300 gram daging ayam dipotong
2 sudu besar minyak sapi  atau minyak masak kelapa sawit
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun salam atau daun limau purut
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Bahan untuk ditumbuk halus dan lumat: 
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
Bahan-bahan lain
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil rempah itik atau daging
½ sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu stok ayam
2 hingga 4 akar ginseng
Daun sup atau ketumbar dan daun bawang (dihiris halus)
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Perahan limau kasturi
Cara penyediaan:
Panaskan minyak sapi atau minyak masak dalam periuk.
Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan serai, tumis hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati dengan rempah.
Masukkan serbuk kunyit, lada hitam, serbuk ketumbar, jintan manis dan sedikit serbuk rempah itik ( boleh diganti dengan rempah sup daging).
Gaul rata hingga ayam bersalut rempah.
Tuangkan air, kemudian tambah  ginseng, daun salam atau daun limau purut.
Biarkan mendidih hingga ayam empuk dan sup berperisa.
Bagi mengekalkan aroma dan rasa sup ayam lebih  beraroma wangi dan sebati dengan rempah yang digunakan, masak sehingga dua jam 30 minit dengan api yang perlahan. Pastikan periuk ditutup.
Selepas itu, perasakan dengan garam, gula,stok ayam dan  sedikit perahan limau kasturi.
Taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×