Nasi kerabu tradisional pikat selera

Nasi kerabu tradisional pikat selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Nasi kerabu merupakan antara sajian Pantai Timur yang digemari ramai.
Selain rasanya yang enak, ia juga berkhasiat kerana dilengkapi ulam-ulaman segar di samping lauk-pauk lain iaitu sambal kelapa, sambal tumis, solok lada serta ayam percik atau ikan bakar.
Seri kongsikan resipi nasi ini untuk dicuba di rumah.
Bahan nasi kerabu biru
-Beras
-Bunga telang
-Daun limau purut
-Daun pandan
-Serai (diketuk)
-Garam
-Air secukupnya
Bahan sambal tumis
-7 biji cili kering
-3 ulas bawang merah
-1 ulas bawang besar
-1/2 labu bawang putih
-Santan
-3 batang serai (diketuk)
-Gula dan garam secukup rasa
Bahan sambal kelapa
-1 biji kelapa parut
-1 inci halia
-3 batang serai
-2 sudu besar lada hitam
-1 keping gula melaka
-6 ekor ikan selayang
-Gula dan garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Nasi kerabu biru
1. Cuci beras hingga bersih.
2. Campurkan semua bahan dan masak nasi.
Sambal tumis
1.  Kisar cili, bawang merah, bawang besar,  bawang putih dan halia.
2. Tumis bahankisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan secawan air. Kemudian masukkan santan.
4. Masukkan serai, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih.
Sambal kelapa
1. Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak menggunakan api sederhana sehingga kelapa parut menjadi perang.
2. Rebus ikan selayang dengan asam keping dan garam secukup rasa. Ambil isi ikan dan ketepikan.
3. Hiris nipis serai, kemudian tumbuk bersama bawang merah, halia, sedikit lada hitam dan gula melaka.
4. Gaul isi ikan dan bahan yang ditumbuk sehingga sebati.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×