Selamat datang ke tahun 2025 dengan sentuhan rona warna baharu yang pasti membuatkan dirimu ingin mencuba akan gayanya.
PANTONE 17-1230 Mocha Mousse, rona warna lembut coklat kaya yang menyerlahkan gayamu telah dinobatkan sebagai Warna Tahunan Pantone.
Ia adalah gabungan sempurna antara kehalusan elegan dan kekayaan semula jadi, membuatkan dirimu terbuai dalam dunia yang penuh dengan coklat, kopi dan kelihatan mewah.
Rona coklat yang kaya ini berada di antara warna coklat tanah (earthy brown) dan krim gelap (creamy tan) memberikan kesan keanggunan yang subtle dan sentuhan mewah.
Ia melambangkan keseimbangan sempurna antara keindahan organik dan kehalusan moden, menjadikannya pilihan ideal untuk bergaya sopan.
Warna ini sangat versatil dan mudah dipadankan, terutamanya untuk wanita Malaysia yang sering bermain dengan gaya yang santai namun sofistikated.
Berikut adalah beberapa tips untuk tampil mempesona dengan Mocha Mousse
Beg warna Mocha Mousse adalah teman sempurna untuk sebarang acara.

Pilih beg tote besar dengan tekstur kulit yang lembut untuk gaya kasual.
Ia praktikal untuk mengisi semua keperluan harian, daripada botol air hingga komputer riba.
Untuk majlis formal atau makan malam, clutch kecil dengan perincian emas akan menambah aura glamor tanpa berlebihan.
Jika dirimu mencari kasut yang serasi dengan warna Mocha Mousse dari jenama Machino menawarkan pelbagai pilihan menarik.
Daripada sandal bertumit rendah hingga stiletto elegan, kasut mereka dalam rona Mocha Mousse melengkapi gaya sopan dengan sempurna.
Kasut loafers dari Machino juga menjadi pilihan praktikal untuk gaya kasual, sementara tumit tinggi memberikan sentuhan glamor untuk majlis formal.
Warna ini tidak mudah kelihatan kotor, menjadikannya praktikal untuk gaya harian.
Bagi peminat gaya sopan yang selesa tetapi tetap menarik, Medea Henley Dress dalam rona Tumeric Brown dari Poplook adalah pilihan terbaik.
Hampir menyerupai warna Mocha Mousse, baju ini memberikan siluet yang anggun dan versatil untuk sebarang acara.
Direka dengan poket praktikal untuk menyimpan barangan kecil anda, ia memadukan gaya dan fungsi dalam satu pakaian.
Dibuat daripada fabrik kapas viscose, baju ini sangat sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas dan lembap.
Materialnya ringan, tidak panas dan memberikan keselesaan sepanjang hari.
Dengan potongan wrap yang sesuai untuk semua bentuk badan, Medea Henley Dress mencipta penampilan elegan, menjadikannya pilihan sempurna untuk wanita aktif.
Cincin, gelang atau anting-anting berunsur logam berwarna rose gold atau perak melengkapkan penampilan dirimu tanpa mencuri tumpuan.
Tambahkan selendang atau tudung berwarna Mocha Mousse untuk wanita berhijab.
Gaya ini akan memberi gaya yang tenang dan mewah.
Kenapa Mocha Mousse? Warna ini bukan sahaja cantik tetapi juga membawa mesej mendalam tentang hubungan dirimu dengan alam semula jadi.
Ia melambangkan keseimbangan antara gaya hidup moden yang sibuk dan keperluan untuk kembali kepada akar dan keindahan organik.
Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan sentuhan Mocha Mousse dalam koleksi gayamu pada tahun ini dan rasai kehangatan warna yang memikat ini.- UTUSANhttp://utusan.com.my










