Melihat luaran kediaman ini, saya sudah dapat meneka pemiliknya menggemari konsep Inggeris. Hiasan bungaan yang dipadankan dengan rekaan kayu pada bahagian luar rumah memberikan suasana kediaman ala barat. Namun, menjengah ke ruangan di bahagian dalam lebih menarik perhatian kerana ia menggabungkan beberapa gaya yang menurut saya amat menarik. Gaya Inggeris Moden dipadankan dengan konsep Nordik dan Tropika pada beberapa ruang berjaya membangkitkan suasana harmoni dan nyaman pada keseluruhan ruang. Pemilik…










