‘HARI ini kita tolong orang, esok orang tolong kita’. Pesanan arwah bapa sentiasa menjadi pegangan Datuk Raya Erom, 62, dalam melaksanakan kerja-kerja amal sehingga sekarang. Benarlah kata orang, perlakuan ibu bapa adalah cerminan peribadi anak. Sifat pemurah bapa dalam membantu orang-orang susah di sekeliling membuatkan bapanya cukup disenangi ramai orang. Sejak dari kecil, beliau melihat bapa membantu orang susah sehingga ada yang dibawa pulang ke rumah dan tinggal bersama keluarga…