AROMA wangi kuah ketika hidangan ini dimasak sudah cukup membuatkan perut seseorang berbunyi hingga menelan air liur.
Masing-masing sudah bersedia dengan pinggan berisi nasi untuk menjamah ayam buttermilk yang dinanti-nantikan.
Resipi mudah ini bukan hanya digemari kanak-kanak, malah golongan dewasa.
Selain nasi putih, ia juga boleh dihidangkan dengan nasi goreng atau nasi lemak untuk kelainan.
BAHAN-BAHAN
-Isi ayam
-2 ulas bawang putih
-1 sudu makan mentega
-4 tangkai daun kari
-2 biji cili api
-Tepung goreng serbaguna secukupnya
-300 mililiter susu segar
-Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
AYAM GORENG
-Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
-Campurkan telur dan garam pada ayam, gaul rata hingga sebati.
-Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
-Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
KUAH
-Dalam kuali lain, cairkan mentega dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
-Masukkan susu segar dan bawang besar.
-Masak hingga kuah sedikit pekat.
-Perasakan dengan garam dan gula.
-Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
-Sedia untuk dihidang.










