FIZIKALNYA dianggap ‘kecil’ dengan ketinggian hanya 154 sentimeter (cm) dan berat 65 kilogram (kg), namun mampu mengangkat kereta Perodua Myvi yang mencecah 1 tan. Kegagahan luar biasa Damia Emilsya Mohd. Zakaria, 21, melayakkannya membolot dua kejuaraan dalam acara Malaysia’s Strongest Man & Women 2024, baru-baru ini. Kedua-duanya dalam kategori Wanita Kuat bawah 70kg dan Strongfit Wanita. Sebelum itu, beliau turut mengungguli kejohanan Kesuke Strongwoman Open 2024. Melakukan hatrik dalam tempoh…










