Lama mata saya tertancap pada rumah kampung yang satu ini. Binaan dan reka bentuknya menyajikan pemandangan yang cukup estetik dan memukau pandangan. Banglo seluas 1,300 kaki persegi milik Norazlina Md. Yunus ini tampil menarik dengan rekaan batu-bata merah pada keseluruhan dinding luar rumah. Menariknya, batu-bata merah itu hanyalah bata merah biasa yang tidak disimen. Siapa sangka, bata merah yang tidak disimen sebenarnya memiliki nilai estetika yang tinggi terutamanya bagi penggemar…