Cipta tarikan baharu untuk tarik pelancong - Utusan Malaysia

Cipta tarikan baharu untuk tarik pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKHBAR ini baru-baru ini melaporkan hanya dalam tempoh empat hari, dianggarkan lebih RM100 juta mengalir ke Thailand berikutan hampir 100,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi negara jiran itu khususnya di lima wilayah selatannya.

Jumlah tersebut mengambil kira anggaran belanja seorang pengunjung atau keluarga, minimum RM1,000 sepanjang empat hari bercuti.

Sejak Januari lalu sehingga pertengahan September ini pula, hampir dua juta pelancong Malaysia direkodkan bercuti ke Thailand dengan wang mengalir keluar mencecah RM2 bilion.

Antara lokasi tumpuan pelancongan seperti Hatyai, Songkhla, Krabi dan Satun.

Kuasa tarikan ke sana tentulah sebab kos murah dan udara lain. Presentation dibawakan orang kita yang melancong ke sana di media-media sosial juga memang hebat. Kalau kita tengok sahaja memang akan tergoda untuk ke sana.

Jadi jangan hairanlah bila ada yang sanggup pontengkan anak sekolah sebab sudah beli tiket awal untuk makan angin ke sana.

Sikap orang kita yang suka meraikan keindahan terdapat di negara orang pun antara punca ada yang tidak keruan untuk bercuti ke sana.

Orang kita tidak berkira mempromosi tarikan yang ada di negara orang. Walhal kalau dalam negara sendiri, berkongsi tak di media sosial?

Ada orang kita yang kalau bercuti dalam negara, tidak ada pun rasa bangga. Cubalah tanya kawan sepejabat, Bila di tanya bercuti di mana, mesti ada nada kurang semangat. “Alah, cuti kat sini je” atau “Cuti dekat-dekat sahaja, buat cukup syarat bercuti”.

Pun begitu kerajaan negeri perlulah melabur memperkenalkan dan mempromosi lokasi kita ada dan cipta tarikan baharu.

Usahlah berkira bab promosi. Saya perhatikan tidak banyakpun iklan dibeli dalam akhbar utama seperti Utusan Malaysia menghebohkan perancangan tahun melawat negeri masing-masing. Senyap sangat, mana masyarakat nak tahu. Usahlah hanya hebah di laman sosial sendiri, kena ada kerjasama dengan pihak media.

Kemudahan di lokasi pelancongan sedia ada pun perlulah diperbaiki. Mana-mana yang rosak atau sudah tidak ada tarikan, semburlah cat dan warnakan bagi menarik. Penampilan uzur memang menakutkan, nak bergambar pun rasa malu.

Pun begitu sikap buruk segelintir masyarakat juga, boleh memusnahkan hasrat melancong. Macam isu membuka khemah di Port Dickson yang sohor di media sosial itu. Betul tak? Bersantai tepi pantai pun berebut dan bergaduh.

Kalau lalu saja kawasan ini, kita bukan nampak pantai yang terbentang indah, tetapi deretan khemah yang tidak kemas. Kain baju disangkut sana sini. Itu belum lagi bab tandas dan bilik air.

Kalau begini sikap kita, susahlah untuk mengekalkan pelancong sedia ada, apa lagi menarik kehadiran pelancong luar.

-Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana, Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×