Sambal gesek Temerloh 10 minit

Sambal gesek Temerloh 10 minit

Sa,mbal gesek enak dihidang bersama ulaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
ORANG Malaysia dan sambal memang tidak dapat dipisahkan.
Ibaratnya, tidak lengkap sajian makan tengah hari atau malam seseorang tanpa mencicah sambal belacan, tumis, kicap, budu, tempoyak mahupun gesek.
Lagi pedas, lagi padu dan berselera makan sampaikan tidak sedar nasi sudah bertambah berpinggan-pinggan.
Bagi peminat sambal, apa kata anda buat sendiri resipi sambal gesek Temerloh yang enak ini di rumah.
Tempoh penyediaannya amat singkat dan kurang 10 minit, menu ini siap untuk dinikmati bersama hidangan utama.
Bahan-bahan:
100 gram cili api merah
100 gram cili api hijau
300 gram ikan bilis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Limau nipis (jika perlu)
Cara penyediaan:
Basuh semua bahan dan keringkan
Tumbuk kedua-dua cili dan ikan bilis secara berasingan.
Kemudian campurkan bahan tersebut dan masukkan gula serta garam secukup rasa.
Bagi yang mahukan rasa tambahan, masukkan perahan limau nipis
Sedia untuk dihidang bersama ulam-ulaman seperti selom, ulam raja, pegaga, daun gajus, salad, timun, petai rebus, kacang botol, terung dan bendi.
Tips:
Jangan tumbuk cili sehingga hancur atau lumat. Ini akan menyebabkan sambal berair.
Kurangkan atau lebihkan bahan mengikut citarasa masing-masing.
Jangan campurkan air.
Kak Nik Patin House
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×