KALAU buka media sosial ketika ini pasti ada sahaja video review
Roti Susu Thailand ini atau lebih dikenali sebagai Thai Milk Bun.
Memang tengah hype macam goreng pisang panas. Rata-rata ramai yang mengatakan roti ini enak dek teksturnya yang lembut dan gebu.
Resipi kali ini dikongsikan oleh Ummi Syahirah Razak. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
Roti
250 gram tepung roti
20 gram susu tepung
30 gram gula
1 sudu kecil yis segera
Garam
1 biji kuning telur
130 mililiter (ml) susu segar (guna susu yang sejuk dari peti)
30 gram mentega
Inti
200 ml krim putar tenusu (masih sejuk)
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit garam
50 gram mentega (lembut)
3 sudu susu pekat manis
Hiasan
Susu tepung dan gula aising
CARA-CARA
1. Satukan tepung roti, susu tepung, gula, yis, garam, susu segar dan kuning telur.
2. Campur adunan hingga sebati dalam empat hingga lima minit.
3. Masukkan mentega. Sambung adunkan doh dalam 20 minit atau sehingga dapat adunan yang kenyal.
4. Rehatkan adunan dalam 40 minit sehingga mengembang.
5. Apabila doh mengembang, keluarkan angin dalam doh dan bahagikan doh kepada saiz yang dikehendaki dan bulatkan. Saya buat 30 gram hingga 32 gram. 6. Susun di dalam loyang saiz lapan inci atau dalam apaapa bekas. Tutup doh dengan kain atau plastik balutan dan biarkan doh rehat selama 30 minit.
7. Sebelum bakar, taburkan tepung gandum. Bakar pada suhu 150 atau 160 selsius dalam 20 hingga 25 minit.
8. Untuk inti, pukul krim putar, garam dan esen vanilla sehingga soft peak.
9. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati dan kental. Boleh sejukkan terlebih dahulu di dalam peti.
10. Apabila roti siap, sejukkan sekejap dan isikan inti ke dalam roti. Ratakan juga lebihan inti di atas roti.
11. Taburkan susu tepung dan gula aising. Siap dihidang.










