ANCAMAN mikroplastik antara topik hangat dibincangkan sebab tanpa sedar, kita semualah yang menjadi penyumbang kepada pencemaran ini. Pencemaran ini terhasil daripada produk plastik seperti botol dan beg plastik yang kita pakai dalam urusan seharian. Tindak balas kimia menyebabkan berlaku ancaman mikroplastik yang boleh mencemarkan alam sekitar dan ia pasti berbalik kepada diri kita sendiri sebagai pengguna. Pencemaran ini masuk ke dalam air yang menjadi sumber makanan ikan dan apabila kita…