KES penderaan mental dan fizikal dalam kalangan kanak-kanak isu serius yang perlu kita tangani bersama. Malangnya ada segelintir ibu bapa yang seolah-olah tidak cakna dengan hal ini. Biarpun anak-anak tanggungjawab bersama antara ibu dan ayah tetapi yang si ibulah perlu lebih sensitif dengan perubahan berlaku dalam kalangan anak-anak mereka. Contohnya mengenai anak yang sering dibuli kawan-kawan sekolahnya. Ibu yang prihatin boleh membaca perubahan anaknya. Tidak kira budak lelaki mahupun perempuan,…










