KELUASAN kediaman ini hanyalah sekitar 600 kaki persegi. Namun, jika dilihat pada setiap ruangan yang ada, ia tampak selesa dan nyaman dengan tatarias berlatarbelakangkan rona lembut. Langsir putih tinggi yang dipadankan dengan permaidani rona lembut menghiasi ruang utama kediaman milik Ayu Juhanna Shuib ini. Beliau yang mesra disapa sebagai Hanna, berkata keseluruhan dekorasi kediaman jenis teres itu adalah bertemakan rumah ladang Scandinavian di mana ia mengetengahkan unsurunsur desa berasaskan barat.…









