Vaksin si bulus seawal usia dua bulan

Vaksin si bulus seawal usia dua bulan

BUKU rekod vaksin akan diberikan kepada pemilik selepas menerima suntikan vaksinasi di klinik veterinar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNTIKAN vaksinasi amat penting dalam memberikan perlindungan kesihatan secara keseluruhan. 

Seperti manusia, perkara sama turut diperlukan oleh haiwan peliharaan antaranya kucing dan anjing. 

Vaksinasi di awal usia amat digalakkan kerana ia dapat menghasilkan antibodi seterusnya meningkatkan tahap imuniti haiwan tersebut. 

Ini berikutan vaksin berfungsi sebagai perlindungan daripada virus dan bakteria jahat yang diperoleh melalui interaksi dengan haiwan lain ataupun pendedahan di kawasan terbuka. 

Wakil Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA), Dr. Nur Fadhilah Abdul Shukor berkata, umur paling sesuai untuk diberikan vaksin adalah seawal usia dua bulan. 

NUR FADHILAH ABDUL SHUKOR

“Umur ini paling efektif sebelum haiwan mula terdedah kepada dunia luar dan haiwan liar yang lain. 

“Ini dapat elakkan mereka daripada dijangkiti virus dan bakteria berbahaya yang mengancam nyawa,” katanya pada pelancaran program vaksinasi oleh Royal Canin di KidZania, Kuala Lumpur baru baru ini. 

JENIS VAKSIN 

Vaksin terbahagai kepada dua iaitu asas (core) dan bukan asas (non-core). 

Bagi vaksin asas, kandungan merangkumi tiga jenis virus dan satu jenis bakteria. 

Pengambilan vaksin ini adalah digalakkan kerana mampu mencegah haiwan dari dijangkiti virus berbahaya. 

Dr. Nur Fadhilah berkata, vaksin asas ini memberikan haiwan kekuatan antibodi kehidupan normal walaupun terdedah kepada faktor-faktor yang mampu memberikan jangkitan. 

“Sebab itu, pemilik harus lindungi haiwan peliharaan dengan memberikan vaksin asas ini kerana dapat memberikan antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan virus,” katanya.

Bagi vaksin bukan asas (non-core vaccine) pula, pengambilan hanyalah berdasarkan kepada keperluan haiwan tersebut. 

Antara jangkitan yang memerlukan vaksin jenis ini adalah penyakit koronavirus pada haiwan. 

Bagaimanapun, kata Dr. Nur Fadhilah, ramai yang mempersoalkan kenapa vaksin ini tidak diberikan kepada haiwan sebagai perlindungan.

Katanya, ini adalah kerana setiap virus mempunyai mekanisme jangkitan dan cara pengendalian yang berbeza dan hanya diberikan sekiranya perlu. 

“Vaksin jenis ini untuk penyakit-penyakit yang boleh membawa maut kepada haiwan, sebab itu ramai orang persoalkan kenapa tidak beri sahaja vaksin ini kepada haiwan. 

“Tetapi vaksin ini hanya diberikan bergantung kepada keperluan kerana setiap virus mempunyai mekanisme berbeza dan cenderung untuk timbulkan masalah walaupun sudah diberikan vaksinasi.

“Disini kita dapat lihat kepentingan perlindungan vaksin asas sebagai pencegah kepada virus-virus lain,” katanya.

Menekankan kepentingan vaksinasi peringkat awal itu, Royal Canin dengan kerjasama Zoetis melancarkan Program Vaksinasi haiwan sebagai inisiatif untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada haiwan peliharaan.

LOT klinik veterinar oleh Royal Canin ini disediakan sebagai inisiatif memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak berhubung kesihatan haiwan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN