SUNTIKAN vaksinasi amat penting dalam memberikan perlindungan kesihatan secara keseluruhan. Seperti manusia, perkara sama turut diperlukan oleh haiwan peliharaan antaranya kucing dan anjing. Vaksinasi di awal usia amat digalakkan kerana ia dapat menghasilkan antibodi seterusnya meningkatkan tahap imuniti haiwan tersebut. Ini berikutan vaksin berfungsi sebagai perlindungan daripada virus dan bakteria jahat yang diperoleh melalui interaksi dengan haiwan lain ataupun pendedahan di kawasan terbuka. Wakil Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia…