Sedap betul rasa kek yang satu ini.
Rasa manis daripada kurma yang diadun pula dengan susu rendah lemak dan susu pekat membangkitkan rasa enak berkrim.
Tidak puas menjamah sepotong. Bagi yang tidak menggemari rasa manis berlebihan jangan risau kerana adunan ini manisnya sedang-sedang sahaja.
Sangat sesuai dijadikan pencuci mulut atau menu minum petang. Jom cuba.
Bahan kek
150 gram kurma
120 mililiter susu cair
4 butir telur ayam
150 gram tepung Kek
120 gram gula pasir
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh vanila
100 gram marjerin
50 gram susu rendah lemak
Bahan Sos karamel
150 gram susu pekat manis
1 sdm gula merah
100 mililiter susu cair
Cara penyediaan
– Cuci kurma and keringkan.
– Buang biji kurma dan kisar bersama susu sampai halus.
– Campurkan semua bahan kecuali majerin cair. Kemudian, gaul dengan laju hingga mengembang dan pekat.
– Masukkan marjerin cair dan adun menggunakan spatula sehingga sebati.
– Tuang ke dalam loyang bulat berukuran 18 sentimeter (cm) yang sudah disapu marjerin dan ditabur tepung gandum.
– Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 175°C selama 40 minit atau sehingga masak.
Sos Karamel
Masak susu pekat manis dan gula merah dalam bekas anti lekatt dengan api kecil sambil dikacau hingga kental.
Tambahkan susu cair, masak kembali hingga sebati dan pekat lalu angkat.
Keluarkan kek dari loyang, lalu siram dengan sos karamel.
Tabur gula merah, kacang gajus dan potongan kurma sebagai hiasan.










