SETIAP kali ke bazar Ramadan, mata tidak henti-henti melihat deretan air balang yang dijual para peniaga.
Ada kuning, hijau, biru, merah, oren dan ungu muda, namun minuman berwarna merah jambu iaitu air sirap bandung tetap menjadi pilihan kebanyakan individu.
Ibaratnya, hilang dahaga seharian apabila dapat menikmati air berkenaan ketika berbuka puasa.
Paling menarik, jika ada bahan-bahan tambahan seperti cincau dan biji selasih dimasukkan di dalamnya.
BAHAN-BAHAN
-100 gram biji selasih (direndam sehingga kembang)
-250 gram cincau (dikisar kasar)
-100 mililiter ibu sirap
-1 tin susu sejat teapot
-1 tin susu krimer manis teapot
-100 mililiter air gula
-2 liter air panas
CARA PENYEDIAAN
-Rendam dahulu 100 gram biji selasih sehingga kembang.
-Sediakan jag dan masukkan ibu sirap bersama 2 liter air panas.
-Selepas itu, masukkan susu krimer manis, susu sejat, cincau dan biji selasih yang direndam tadi.
-Masukkan air gula dan kacau sehingga ramuan sebati.
-Akhir sekali masukkan air batu dan sedia untuk dihidangkan.








