Red Snapper atau ikan Siakap Merah merupakan ikan air laut yang banyak terdapat di perairan Malaysia dan Indonesia.
Alasan ia dinamakan sebagai ikan Siakap Merah kerana memiliki sisik berwarna merah.
Ia juga merupakan ikan yang paling kerap mendapat sambutan kerana rasa, tekstur dan isinya yang amat sedap.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin yang paling tinggi berbanding ikan lain. Maka, tidak hairanlah harganya juga agak mahal.
Antara manfaat lain ialah ikan ini mempunyai kandungan nutrisi yang sangat bermanfaat bagi tumbuh, merawat kesihatan mata, menjaga kesihatan tulang, merawat kesihatan gigi, mencegah penuaan serta mencegah penyakit jantung.
Menurut Pakar Masakan Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites, Cef Patrick Ng, penggunaan Ear Fungus atau kulat hitam pula kerana ia tidak berperisa tetapi bagus untuk menyerap perisa lain.
Ia mempunyai tekstur yang lembut lagi rangup serta bersesuaian bagi semua jenis masakan dan membantu melancarkan peredaran serta menurunkan paras kolesterol badan anda.
Pengunjung boleh menikmati set Chinese New Year Prosperity dari 10 Februari sehingga 29 Februari depan di Tung Yuen Chinese Restaurant, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
BAHAN-BAHAN:
800 gram ikan Merah
3 gram Premium Black Small Fungus (Ear Fungus) iaitu kulat Hitam atau cendawan telinga kera
1 gram halia (Potongan Julian)
Sepeket cendawan Enoki
10-12 nos goji
5 ulas bawang putih dipanggang
3 nos kurma merah
CARA PENYEDIAAN IKAN:
1. Bersihkan ikan Siakap Merah. Pastikan semua sisik dibuang.
2. Cuci bahan seperti kulat kecil hitam, cendawan enoki dengan air panas.
3. Sediakan sup ayam campur dengan serbuk ayam, garam, gula, sos tiram dan campurkan dengan bawang putih yang dipanggang, halia. Kemudian, masukkan dengan ikan kukus.
4. Kukus dalam 10 minit bergantung kepada api yang diguna.
5. Selepas ikan siap dikukus, letak minyak bawang putih di atas ikan dengan daun ketumbar dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
KULAT HITAM:
1. Rendam tiga gram kulat hitam atau cendawan telinga kera selama 30 minit di dalam air suam. Ia kemudian akan berkembang menjadi banyak.
2. Selepas rendam, keringkan ia dalam suhu bilik. Tidak perlu disimpan atau disejukkan dalam peti ais.