Tiga warna luaskan ruangan terhad

Tiga warna luaskan ruangan terhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELUASANNYA hanya 600 kaki persegi. Namun terlihat sungguh moden dan kontemporari hasil air tangan pemiliknya yang kreatif.

Rumah kecil atau lebih popular dengan dipanggil tiny house milik Zulaikha Zulkifli dan Muhammad Farhan Ahmad Fauzi antara yang
menarik untuk dikongsikan pada minggu ini.

Biarpun kecil dengan hanya mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air, namun ia tetap terlihat lapang dan selesa.

Tipsnya adalah ia hanya ditatarias menggunakan tiga rona asas iaitu putih, hitam dan coklat.

Kata Zulaikha, tiny house mereka itu lebih kepada konsep terbuka berasaskan moden minimalis.

“Tiga warna ini kami kekalkan di semua tempat iaitu di ruang utama, dapur, bilik mandi dan bilik-bilik tidur.

“Ia juga merangkumi semua aspek daripada sebesar-besar perabot sehingga lah sekecil-kecil alatan memasak,” katanya kepada Seri.

ALA KONDOMINIUM

Tambahnya, pemilihan konsep itu juga memandangkan mereka suami isteri suka kediaman jenis kondominium tetapi dalam masa
yang sama ingin mendiami rumah di atas tanah.

“Jadi kami realisasikan rumah ‘dalam kondominium, luar landed’ ini. Konsep moden minimalis dipilih hasil daripada perbincangan
suami isteri yang mana kami memikirkan keadaan rumah untuk lima ke 10 tahun akan datang masih lagi boleh memuatkan empat beranak Insya-Allah.

“Jika direzekikan Allah kurniakan zuriat buat kami, konsep rumah ini masih lagi sesuai tanpa kami perlu keluar sejumlah duit yang banyak untuk menggantikannya dengan konsep rumah baru,” tambahnya.

Oleh itu, katanya, kediaman comel itu hanya dilengkapi dengan perabot asas dan sedikit sentuhan dekorasi untuk menaikkan seri sahaja.

PENCAHAYAAN

Elemen pencahayaan amat penting dan beri impak besar dalam melaksanakan konsep moden minimalis.

Lebih kurang 80 peratus pencahayaan digunakan dalam rumah kecil ini adalah jenis warm light.

“Sebagai tambahan info, lampu utama dirumah kami adalah jenis spotlight manakala lampu downlight dipasang sekadar memenuhi syarat jikalau ada tetamu berasa kurang selesa dan memerlukan cahaya biru,” ujar Zulaikha.

Pemilihan warna aksesori dan perabot juga perlu dipertimbang dengan teliti “Rumah kecil tidak boleh memiliki banyak kombinasi warna
kerana ia akan membuatkan rumah nampak sempit dan serabut,” ujarnya lagi.

PENJAGAAN MUDAH

Lebih menarik, rumah bersaiz kecil itu menjimatkan wang, masa dan tenaga.

“Rumah kecil mempunyai ruang terhad, jadi jimat duit poket kami untuk melengkapkan dan mendekorasi rumah ini. Jika rumah besar, kami memerlukan sejumlah wang yang besar juga.

“Selain itu, ia juga menjimatkan masa sekaligus tenaga dalam melakukan kerjakerja harian di rumah. Boleh\ dikatakan, kami suami isteri hanya memerlukan kurang dari 30 minit sahaja untuk mengemas rumah,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya