Jalin hubungan dengan abang ipar sendiri

Jalin hubungan dengan abang ipar sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENYUKAI seseorang tetapi peluang menjalinkan hubungan serius, sesuatu yang sangat tidak masuk akal.

Perlahan-lahan untuk menjauhinya, cuba berhenti untuk menyukai tetapi makin pula merindui.

Dilema ini memang cukup mengganggu fikiran dan ketenangan diri seseorang yang terjebak dengan cinta terlarang.

Yang pasti, mengubah perasaan rindu untuk kembali biasa, tidak mudah.

Minggu ini saya kongsikan dilema seorang gadis, Amilen (bukan nama sebenar) apabila menjalinkan hubungan terlarang dengan abang ipar  sendiri.

Bunyinya seperti dalam drama, tetapi kisah ini benar-benar terjadi di dunia nyata.

Dalam pertemuan bersama saya baru-baru ini, Amilen mengakui sedar, perbuatannya itu salah.

Namun sehingga ke hari ini dia masih belum dapat melupakan lelaki yang juga abang iparnya itu.

“Saya benar-benar buntu memikirkan hubungan kami berdua. Bahkan keputusan disuarakan abang ipar untuk menceraikan kakak dan
memilih saya sebagai isteri cukup membuatkan saya lebih tertekan,” ujarnya memulakan cerita lewat petang itu.

Kata Amilen, dia mengenali Razali (bukan nama sebenar) ketika lelaki itu menjadi guru sandaran mengajar di sekolah menengah.

Sepanjang tempoh tiga bulan di sekolah itu, Razali sangat disenangi bukan sahaja dalam kalangan guru tetapi pelajar termasuk Amelin.

Sehingga pada majlis perpisahan meraikan Razali, Amilen antara pelajar yang terbawa -bawa emosi sedih .

Walaupun sudah tidak lagi menjadi guru sandaran di sekolah berkenaan, Amilen dan Razali masih berhubung antara satusama lain.

Ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Razali banyak memberi kata-kata semangat kepada Amelin.

Sebaik Amelin menerima keputusan SPM, Razalilah orang pertama diberitahu.

Malah ketika mahu mengisi borang permohonan ke universiti, lelaki itu juga menjadi tempat rujukannya.

Bagaimanapun hubungan mereka semakin rengang selepas terikat dengan urusan masing-masing.

Amelin sebagai penuntut di salah sebuah universiti di utara tanahair, manakala Razali sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah di pantai timur.

Seminggu, sebulan dan tahun-tahun berlalu begitu sahaja. Sehinggalah, dia menerima berita kakaknya, Zuraidah (bukan sebenar) bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan.

Awalnya Amelin agak terkejut selepas mendapat tahu bakal suami kakaknya, adalah Razali.

“Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana percintaan antara kakak dan Razali bermula. “Walaupun ada sedikitperasaan terbuku yang tidak
dapat diluahkan ketika itu, saya reda dan percaya perancangan Allah,” katanya.

Tambahan pula kata Amelin, hubungan dia dan Razali juga tiada kepastian.

Selepas tamat pengajian, Amelin bekerja di salah sebuah syarikat perbankan di ibu negara.

Sementara menunggu mendapat rumah sewa, kakak mempelawanya tinggal bersama. Amelin cuba menolak namun dia tiada pilihan lain terpaksa menerima cadangan tersebut.

Sepanjang tinggal bersama kakaknya, Amelin dapat merasakan Razali cuba mendekatinya.

Bagaimanapun dia cuba sedaya upaya mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu. Rutinnya setiap hari pergi kerja, balik kerja dan berkurung dalam bilik.

Hujung minggu pula dia akan keluar bersama kawan-kawan atau pulang ke kampung. Kata Amelin, sejujurnya dia langsung tidak mahu memberi ruang dan peluang kepada lelaki itu mendekatinya.

Sehinggalah selepas dia berppindah ke rumah sewa baru, hubungan mereka kembali terjalin.

Masih mengekal peribadi yang disenangi, manis berkata-kata, kelakar dan mengambil berat membuatkan Amelin tewas akhirnya.

Amelin tidak menyangka, niat asal mereka untuk minum petang bertanya khabar akhirnya membuka ruang kepada segala apa yang terbuku di hati masing-masing.

Razali tanpa silu meluahkan perasaannya yang terpendam selama ini.

Ternyata cinta Razali tidak bertepuk sebelah tangan apabila Amelin juga mempunyai perasaan sama. “Ketika itu entah apa yang merasuk kami apabila masing-masing tanpa rasa bersalah masih meneruskan hubungan .

“Ketika keluar bersama, kami melupakan status sebenar kami,” kata Amelin.

Tambahnya, mereka bukan sahaja berusaha mencuri masa bertemu setiap hari, bahkan saling berbalas mesej sehingga ke lewat malam.

Setiap hujung minggu, Razali lebih banyak meluangkan masa bersamanya berbanding isteri dan anak-anak.

Kalau dihitung, sudah hampir enam bulan, Amelin menjalinkan hubungan dengan abang iparnya.

Perasaan sayangnya semakin kuat sehingga hampir melupakan siapa sebenarnya lelaki itu kepada dirinya.

Sehingga ke hari ini, mereka berdua berjaya menyembunyikan hubungan terlarang itu. Setiap kali kakak adakan majlis makan-makan di rumahnya, Amelin dan Razali bersikap seperti biasa.

Sambung Amelin, kemuncak kepada perhubungan terlarang mereka ialah apabila Razali menyuarakan hasrat menceraikan kakaknya dengan alasan tidak boleh hidup dengan wanita tidak dicintai.

“Ketika itu muncul perasaan simpati kepada kakak. Bagai mana saya sebagai adik boleh menjadi pemusnah rumah tangganya,” luah Amelin berbunyi kesal.

Katanya, bukan dia tidak cuba memutuskan hubungan terlarang itu, namun gagal.

“Makin saya menjauhkan diri, perasaan sayang dan rindu makin memuncak,” ujarnya.

Ujarnya, setiap kali dia melihat wajah kakak dan anak-anak saudaranya yang masing-masing berusia enam dan tiga tahun perasaan bersalah muncul.

Namun sehingga ke hari ini dia masih belum kuat untuk memutuskan hubungan terlarang itu.

Dalam Islam, perbuatan meruntuhkan rumah tangga orang lain haram dan berdosa besar, malah dimurkai Rasullullah SAW. Baginda tidak mengaku mereka ini sebagai umatNya di akhirat kelak.

Ia diperkuatkan keterangan daripada AbuHurairah R.A Rasullullah SAW bersabda bermaksud: Bukan daripada kalangan umatku orang yang merosakkanatau meruntuhkan hubungan suami isteri atau seorang budak terhadap tuannya. (Riwayat Abu Daud 5170).

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.