SAAT berkumpul beramai-ramai bersama keluarga  atau ketika ada keraian  juadah sate antara yang  sering menjadi pilihan.
Apa kata di hari cuti ini cuba  buat sate sendiri di rumah.  Bahan-bahan pun mudah sahaja  yang kebiasaannya memang ada di dapur.
Seperti yang dikongsikan oleh  Zuhaini Noh yang menggunakan  barang-barang asas sahaja untuk  menghasilkan sate enak dan beraroma. 
Zuhaini turut berkongsikan tips penting untuk mengelakkan lidi patah semasa membakar sate iaitu merendamkan dahulu lidi di dalam air. Jom cuba.

Bahan-bahan
 7-8 ulas bawang merah.
 5 batang serai.
 4 inci halia.
 2 sudu besar jintan putih.
 2 sudu jintan manis.
 Sedikit serbuk kunyit.
 4 sudu besar gula.
 Garam dan perasa.
Cara-cara
1. Kisarkan semua bahan-bahan  tadi dan perap dengan ayam  sebentar. 2. Boleh cucukkan ayam ke
lidi. Pastikan lidi rendam  di dalam air sekejap untuk  elak ia mudah patah semasa  dibakar.
3. Kemudian, bakar sate dan  sapu sedikit minyak semasa  membakar.
4. Bila isi ayam keperangan, boleh angkat.
5. Hidangkan sate bersama  bawang merah hiris, timun dan nasi himpit serta kuah kacang.
KUAH KACANG
Bahan-bahan
 500 gram (g) kacang tanah.
 1 senduk minyak masak.
 1 liter air putih.
 2-3 sudu besar air asam jawa.
 250 g gula putih.
 3 keping gula nisan (gula
Melaka).
 1 sudu kecil garam.
 1½ senduk cili kisar.
 4 batang serai.
 3-5 biji bawang besar.
 3 ulas bawang putih.
 2cm lengkuas.
 1½ sudu besar udang kering.
Cara-cara
1. Kacang tanah digoreng  dengan sedikit minyak  hingga garing dan wangi  (mengunakan api yang  perlahan). 
2.Kemudian, kisar kasar  supaya ada tekstur kacang  tanah.
3. Kisar bawang merah, bawang  putih, lengkuas, serai, udang  kering dan bawang putih sehingga halus.
4. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
6. Masukkan gula Melaka atau nisan, gaul hingga sebati.
7. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam, digaul sebati.
8. Masak mengunakan api yang sederhana dan masak sehingga kuahnya pekat dan sesuaikan rasanya.
9. Siap dihidangkan bersama sate.
 
								
 
								 
								 
											









