Mihrab suntik gaya islamik moden

Mihrab suntik gaya islamik moden

Hiasan Mihrab di laluan masuk kediaman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAIN daripada yang lain. Sekali pandang bagaikan berada di sebuah kompleks keagaamaan.
Mana tidaknya, di laluan masuk kediaman milik Zurina Ismail ini dihiasi dengan mihrab tersergam indah berwarna putih yang kebiasannya ada di masjid atau pusat keagamaan.
Zurina memilih konsep berkenaan selepas terinspirasi dengan keunikan seni bina Masjid Hassan Casablanca di Maghribi.


Keindahan rumah ibadat itu dijadikan inspirasi dalam tatarias kediamannya di Puncak Alam, Selangor.
Tambahan pula, rumah berkenaan berkonsep terbuka menjadikan ia sesuai dipadankan dengan gaya islamik moden yang diminatinya.
“Kami bernasib baik sebab siling rumah tinggi dan sesuai sangat dibuat Mihrab ala-ala moden ini.
“Lagipun, sejak dari awal mendapat kunci rumah ini lebih dua tahun lalu perkara utama yang saya dan suami fikirkan adalah bagaimana untuk menjadikan ia lain daripada yang lain,” jelasnya.
Mihrab turut sesuai dijadikan sebahagian daripada hiasan kediaman jika bersesuaian dengan ruang.“Mihrab tidak terhad untuk masjid dan kompleks pembelajaran agama semata-mata.
“Sebenarnya hiasan ini juga boleh dipertimbangkan di kediaman sekiranya kena dengan ruang,” katanya.
Kemasan, konsep suai padan dan susun atur, turut diambilkira dengan terperinci agar bersesuaian dengan tema
islamik moden.

Zurina bersama keluarga

Paling penting, kata Zurina, bukan harga yang menjadi ukuran sebaliknya kesesuaian dan kebolehan mengolah menjadikan sesuatu perkara itu kelihatan menarik dan menawan.
“Bagi saya perhiasan cantik tak perlu yang mahal tapi sedap mata memandang.
“Unsur elemen kayu, ayatayat suci al-quran juga saya terapkan bila menghiasi ruang tamu ini.
“Tidak perlu banyak barang dan tidak perlu malu untuk memilih perabot atau aksesori murah asalkan ia sesuai dengan susun padan yang diinginkan,” katanya yang turut aktif berkongsikan dekorasi kediamannya di Instagram teratakeg_mihrab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya