Japandi beri aura minimalis dan nyaman

Japandi beri aura minimalis dan nyaman

Kombinasi Rumah ladang dan Japandi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUKA betul melihat kediaman yang berkonsepkan warna-warna lembut dan neutral.

Selain memercikkan suasana nyaman, ia juga sebenarnya memberikan ilusi ruang lebih luas.

Oleh itu, tidak hairanlah ia semakin menjadi pilihan dalam kalangan kaki dekorasi semenjak tiga ke empat tahun kebelakangan ini.

Disebabkan itu, konsep Rumah ladang dan Japan-Scandinavian (Japandi) menjadi pilihan pemilik kediaman, Nur Syahirah Md. San yang menginginkan ruangan rumah yang lebih luas dan selesa.

Sementelah, kedua-dua konsep berkenaan juga malar segar dan tidak memerlukan hiasan berlebihan.

“Rumah saya jenis sempit dan tidak terbuka, jadi tema ini sangat sesuai dalam beri ilusi lebih luas. “Pilihan warna neutral seperti putih, kelabu dan krim juga buatkan rumah nampak tenang dan nyaman,” katanya kepada Seri.

ELEMEN SENI

Sebagai pelengkap kepada kedua-dua konsep yang dipilih adalah elemen seni seperti ranting dan arca.

Namun usah terlalu sarat, kombinasikan antara barangan vintage dan moden untuk tampil lebih unik.

Gabungan yang harmoni daripada kedua-dua konsep itu turut menjadikan ruangan dalam kediaman jenis satu setengah tingkat itu tidak kelihatan terlalu serabut dengan aksesori dan hiasan.

Sebaliknya tampil kemas dengan susun atur sederhana, manakala warna-warna dinding yang cerah memberikan pencahayaan lebih baik.

Mengenai aspek penjagaan, kata Syahirah tidak sukar lantaran terdapat banyak peralatan dan alat cucian yang membantu menjaga perabot berwarna cerah.

“Sekarang banyak alat yang mudahkan kita untuk menjaga sofa yang berwarna putih.

“Anak-anak pun sudah diajar untuk sentiasa menjaga kebersihan rumah,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya