Kutlet ikan, snek popular Sri Lanka - Utusan Malaysia

Kutlet ikan, snek popular Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUTLET atau potongan ikan merupakan antara snek popular di Sri Lanka.

Menu pembuka selera ini sering dihidangkan dalam pelbagai majlis termasuk perkahwinan di samping sebagai sajian seisi keluarga di rumah.
Resipinya amat mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk disiapkan.

Hujung minggu ini, apa kata kita ubah selera dengan memasak kutlet ikan.

Kalau tiada ikan, boleh juga gantikan dengan kambing, ayam atau sayur-sayuran bergantung kepada kegemaran masing-masing.

Bahan-bahan

1,700 gram (g) ikan kembung (dicincang).

1,500 g kentang (direbus dan lenyek).

500 g bawang (dicincang).

40 g cili hijau (dicincang).

40 g halia (dicincang).

50 g bawang putih (dicincang).

10 g daun kari.

50 g daun pudina.

25 g serbuk kari.

15 g kepingan cili.

15 g serbuk cili.

10 g serbuk kunyit.

20 g garam.

15 g serbuk lada hitam.

40 mililiter (ml) air limau.

30 ml air asam jawa.

150 ml minyak masak.

5 biji telur.

500 gram serbuk roti.

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau kemudian masukkan bawang, cili hijau dan daun kari.

2. Perisakan dengan garam dan rempah masala.

3. Tambahkan isi ikan, kentang, daun pudina dan air asam jawa dalam tumisan serta biarkan selama dua minit sebelum api ditutup.

4. Masukkan air limau dalam adunan dan biarkan sejuk seketika.

5.Bulatkan adunan mengikut saiz 15 g sehingga habis.

6. Celupkan bebola ikan dalam telur dan kemudian salutkan dengan serbuk roti.

7. Panaskan kuali dan goreng kutlet itu hingga keperangan.

8. Sedia dihidang bersama sos cili.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×