kek keju

Kek keju mangga segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kek keju menjadi kegemaran ramai. Resipinya juga mudah untuk diikuti dan dibuat di rumah. Seri kongsikan resipi kek keju aneka buah sentuhan Maiyizat-ul-Najwa Abdul Mutalib.

Najwa menggunakan buah mangga yang dihias seperti bunga ros atau strawberi dan beri biru di atas kek. Hidangan buah di atas kek keju ini boleh dipelbagaikan.

RESEPI kek keju ANEKA BUAH
Bahan A

200 gram biskut Marie.
80 gram butter atau mentega (dicairkan).

Cara penyediaan
(untuk lapisan bawah)

1. Hancurkan biskut Marie sehingga halus dan tidak berketul.
2. Gaul bersama mentega yang sudah dicairkan.
3. Lapikkan baking paper pada loyang saiz 8.
4. Masukkan adunan tadi, kemaskan dan tekap biar rata dan padat.
5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

*Nota: Jangan risau jika adunan nampak kering. Adunan terlalu lembik akan hancur apabila memotong kek.

Bahan B

750 gram (g) krim keju (suhu bilik).
130 g gula kastor.
30 g tepung gandum.
1 sudu kecil esen vanila
1 biji lemon (disagat dan ambil kulitnya).
2 sudu besar jus lemon.
2 biji telur gred B.
1 biji kuning telur.
150 g sour cream atau plain yogurt

Cara penyediaan
1. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum, esen vanilla, kulit lemon dan jus lemon. Pukul sebati.
3. Masukkan kuning telur dan dua biji telur sedikit demi sedikit.
4. Kaup semula supaya adunan keju tidak berketul.
5. Akhir sebati masukkan krim masam atau sour cream, pukul rata sekejap.
6. Tuangkan adunan ke loyang yang berisi biskut tadi.
7. Bakar guna teknik water bath selama 70 minit atau sehingga masak pada suhu 160 darjah selcius.
8. Bila sudah masak, keluarkan air panas tadi. Biarkan kek dalam ketuhar selama satu jam dengan pintu ketuhar terbuka sedikit.
9. Sejukkan dalam peti sejuk selama empat jam dan boleh dihias bersama buah seperti mangga dan strawberi atau beri biru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya