Inspirasi kebaya moden bermotif untuk penampilan

Inspirasi kebaya moden bermotif untuk penampilan

GAYA kebaya moden koleksi Tanam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Variasi motif dan warna: Grow, Faith, Guide, Cheer, Brown Checked, Navy Checked, Black Checked, Cream dan Dijon Mustard.

Kebaya moden mulai mendapat perhatian kerana mudah untuk disuai padan dengan gaya yang berbeza-beza.

Kebaya moden mempunyai potongan yang lebih sederhana dan minimalis, tetapi masih memperlihatkan ciri elegan si pemakai dan keanggunan kebaya tradisional.

Kebaya moden biasanya mempunyai potongan yang lebih ringkas. Potongan kebaya ini lebih menekankan garis-garis yang mengikuti bentuk tubuh, tetapi tidak terlalu rumit atau berlebihan. Dari segi material, kebaya moden sering kali menggunakan fabrik seperti viscose, satin dan chiffon.

Untuk minggu ini, pilihan saya adalah kebaya moden daripada jenama tempatan Zaraks, menerusi Koleksi Tanam. Rekaan kebaya moden ini menampilkan motif abstrak dan warna on-trend yang sangat on-point. Koleksi ini menampilkan rekaan menggunakan fabrik viscose.

Viscose merupakan pilihan yang baik untuk kebaya kerana kainnya yang memiliki kemampuan draping yang baik. Kain viscose dapat memberikan efek jatuh yang lembut pada kebaya, menciptakan penampilan yang elegan dan feminin.

Motif untuk Koleksi Tanam juga kelihatan ceria dan mudah untuk digayakan. Pilihlah motif abstrak yang sesuai dengan selera dan sesuai dengan gaya.

Setiap motif yang disajikan sesuai untuk digayakan bagi acara yang berbeza. Jika ingin menciptakan penampilan yang menarik perhatian, pilihlah motif abstrak yang berani dan menonjol seperti Guide, Grow dan Cheer.

Namun, jika mahu penampilan yang lebih subtle, pilihlah motif abstrak dengan warna-warna yang lebih lembut seperti Faith dan Cream.

Dari segi potongan kebaya pula, berikut adalah tips saya berpandukan kepada potongan tubuh. Jika memiliki bentuk tubuh pear (lebih lebar di bahagian pinggul dan paha), pilihlah kebaya dengan potongan yang lebih longgar di bahagian bawah. Potongan sebegini akan membantu menciptakan keseimbangan visual antara bahagian atas dan bawah tubuh.

Untuk wanita dengan bentuk tubuh apple (lebih lebar di bahagian tengah tubuh), pilihlah kebaya yang memiliki perincian di bahagian atas seperti leher V atau hiasan di dada. Ini akan mengalihkan perhatian di bahagian perut dan menciptakan ilusi garis tubuh yang lebih proportion untuk gaya.

Bagi yang memiliki bentuk tubuh hourglass (pinggul dan dada mempunyai ukuran yang sama dengan pinggang yang lebih kecil), pilihlah kebaya dengan potongan yang menonjolkan lekuk tubuh.

Dan untukmu yang memiliki bentuk tubuh badan petite, pilihlah kebaya dengan potongan yang tidak terlalu panjang. Hindari kebaya yang terlalu panjang hingga ke pergelangan kaki, karena hal itu dapat membuatmu terlihat lebih pendek. Pilihlah kebaya dengan potongan yang lebih pendek di bahagian bawah.

Untuk melengkapkan gayamu, jangan lupa untuk bereksperimentasi. Suai padankan kebayamu dengan seluar cekak berpotongan lurus atau palazzo. Pilihlah warna seluar yang serasi dengan warna kebayamu.

Misalnya, jika dirimu memakai kebaya berwarna biru, pilihlah seluar berwarna hitam atau putih untuk memberikan kontras yang menarik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya