Tangga inspirasi Melayu klasik Melaka - Utusan Malaysia

Tangga inspirasi Melayu klasik Melaka

Tangga diceriakan dengan elemen berwarna-warni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tangga merupakan perkara asas bagi rekaan rumah bertingkat. Namun, jika diolah dengan sedikit kreativiti, tangga boleh menjadi salah satu elemen yang menarik dalam kediaman.

Antaranya kediaman milik Nadiatul Hanani Muhamad Kassim yang mendekorasi tangga kediamannya meggunakan konsep tradisional Melaka.

Katanya, idea awal dekorasi datang daripada suaminya.

“Ruang tangga rumah ini agak suram, jadi kami, jadi kami letakkan elemen berwarna ceria untuk menaikkan seri.

“Ilham ini diambil daripada konsep tangga rumah tradisional di Melaka. Cat pada dinding tangga ini juga kami tukar warna untuk mengubah suasana asal,” katanya kepada Seri.

Paggunaan pelekat bercorak seakan jubin di bahagian tangga menjimatkan kos ubah suai selain tidak memerlukan kerja yang banyak.

Dari segi ketahanan pula katanya, selepas beberapa tahun diguna ia masih kekal cantik tanpa memerlukan penjagaan rapi.

Mengulas mengenai jubin bercorak mudah luntur, katanya setelah menggunakan hampir selama dua tahun warnanya masih kekal cantik walaupun terkena cahaya matahari setiap hari.

Konsep terbuka
Kediaman berkeluasan 22 x 70 kaki persegi itu turut menerapkan konsep terbuka beserta teknik dekorasi ringkas bagi menyerlahkan ruang lebih luas.

Konsep itu kata Nadiatul, bertepatan dengan kemahuannya yang menginginkan ruang lebih luas tanpa ada sekatan dinding.

“Hanya satu kaunter dibina untuk memisahkan ruang hadapan dan ruang dapur.

“Selain itu, saya juga menyediakan ruang penyimpanan yang sesuai supaya mudah dikemas dan rumah kelihatan sentiasa rapi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.