Nasi lemak antara sajian kegemaran ramai dan menjadi hidangan asas di Kafe Nasi Lemak Krabster. Inginkan kelainan, apa kita minggu ini kita cuba masak menu kayangan, udang kara yang dimakan bersama nasi lemak atau Nasi Lemak Lobster.
Nasi Lemak
Bahan-bahannya:
Beras basmathi – 2 kilogram (untuk 25 orang makan)
Santan – 500 gram (g)
Halia – 10 g dan dihiris
Serai – 2 batang dan dihiris
Daun pandan – sehelai
Garam Gula – secukup rasa
Cara penyediaan:
1) Masukkan beras basmathi bersama air secukupnya ke dalam periuk.
2) Perasakan dengan garam dan gula.
3) Periksa jika air sudah mendidih.
4) Jika sudah mendidih dan air hampir kering masukkan hirisan halia dan santan.
5) Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati bersama nasi.
6) Tunggu hingga nasi masak dan sedia untuk dihidangkan.
Sambal Nasi lemak
Bahan-bahannya:
Bawang – 1 kg dan hiris
Bawang putih – 80 g
Ikan bilis – 200 g
Cili kisar – 1 setengah kilo
Belacan – 2 sentimeter (cm)
Asam jawa – 20 g
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1- Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang merah sehingga berkilat.
2- Goreng bawang merah bersama ikan bilis, bawang putih sehingga naik bau.
3- Masukkan cili kering kisar, belacan dan air asam jawa.
4- Tumis semua bahan hingga pecah minyak.
5- Kisarkan tumisan tadi sehingga bawang separuh lumat.
6- Tumis semula sambal dikisar tadi sehingga garing.
7- Sedia untuk dihidang.
Lobster dan sos margerin bawang putih
Bahan-bahannya:
Udang kara Canadian Boston
Smoked Mozarella – 5 g
Lada cajun (lada) – secubit(rempah cajun kombinasi garam dengan pelbagai rempah untuk melazatkan hidangan)
Bawang putih – 2 ulas
Krim masakan – 20 mililiter (ml)
Mentega – 5 gram
Cili padi merah – 1 biji dihiris
Garam salai – secukup rasa
Daun pasli kering – secubit
Cara penyediaan:
Bersihkan udang kara, belah dua. Perasakan dengan lada cajun dan smoked mozzarella.
Kukus selama 5 minit.
Angkat, tos dan biarkan sebentar.
Tuangkan sos mentega bawang putih atas udang kara dan taburkan pasli kering.
Sedia untuk dihidang.
Cara penyediaan sos mentega bawang putih:
1. Panggang bawang putih sehingga naik bau dan lenyekkan.
2. Cairkan mentega dan masukkan krim masakan ke dalam periuk bersama bawang putih lenyek.
3. Kacau hingga mendidih.
4. Masukkan hirisan cili padi merah dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.










