Ekspresi diri dengan semburan haruman - Utusan Malaysia

Ekspresi diri dengan semburan haruman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMBURAN minyak wangi atau perfume dapat meningkatkan mood, keyakinan diri, menaikkan semangat dan emosi yang stabil.

Teknik semburan yang tepat pada titik nadi dapat membantu aromanya bertahan lebih lama dan bau yang sentiasa menyegarkan.

Bahagian leher, belakang telinga dan pelipat seperti tangan dan lutut menghasilkan suhu lebih tinggi sekaligus ia amat membantu dalam menyebarkan aroma semerbak ke seluruh tubuh.

Lokasi semburan haruman yang tidak tepat menyebabkan harumannya sukar bertebaran. Berkali-kali disemburkan masih tidak kekal bau harumnya.

TEKNIK SEMBURAN WANGIAN

  • Sapu vaseline, minyak atau losyen sebelum menyembur minyak wangi. Ia membantu aroma menjadi lebih kuat.
  • Semburan minyak wangi pada nadi di leher dan bawah dagu dapat mengekalkan bau.
  • Sembur di cuping dan belakang telinga. Titik ini cukup hangat dan membuatkan wangian kekal dan tahan lebih lama.
  • Pergelangan tangan. Titik ini paling popular untuk mengekalkan haruman. Namun jika menggosok bahagian ini selepas membuat semburan, wangian tidak kekal lama dan membuatkan molekul pada cairan minyak wangi pecah.
  • Pelipat tangan merupakan salah satu titik nadi yang menghangatkan bau wangian. Kawasan yang menghasilkan peluh juga dapat menaikkan bau aroma wangian.
  • Wangian yang disembur tidak boleh terlalu dekat. Pastikan jaraknya antara 15 hingga 25 sentimeter.

HARUMAN EKSPRESI DIRI

Pemilihan wangian yang serasi dapat mengikut mood, personaliti dan mengekspresi diri.

Koleksi wangian Essence of Dreams daripada Tory Burch membuai perasaan, bangkitkan semangat dan memberi inspirasi kepada si pemakai.

Aromanya dapat memberikan ketenangan.

Campuran bunga-bungaan, madu, citrus, kayu dan minyak pati setiap koleksi bangkit bau dan aromn yang tersendiri.

Cosmic Wood (keajaiban), Divine Moon (kedamaian), Electric Sky (kebebasan), Sublime Rose (kasih sayang dan cinta) dan Mystic Geranium (kegembiraan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN