Pilih wing chair ikut konsep kediaman, ruang - Utusan Malaysia

Pilih wing chair ikut konsep kediaman, ruang

Warna terang untuk tema moden kontemporari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selain daripada menggunakan satu set lengkap sofa, alternatif lain yang menjadi pilihan pada ketika ini adalah menggunakan wing chair bagi melengkapkan ruang tamu.

Penggunaannya bukan hanya menjadikan ruang tamu kelihatan lebih versatil, malah ia turut membantu menjimatkan ruang bagi ruangan yang terhad.

Namun, agak memeningkan juga sebenarnya untuk memilih wing chair sepadan dengan sofa dan tema kediaman memandangkan terdapat begitu banyak pilihan di pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minggu ini, Seri kongsikan tips memilih wing chair yang sesuai dengan tema kediaman.

1. Elegan
Untuk gaya yang elegan dan mewah, sudah tentu wing chair yang diperbuat daripada kulit menjadi pilihan.

Pilihan warna gelap mungkin boleh dipertimbangkan bagi menonjolkan suasana mewah. Kemasan material kulit yang berkilat juga menjadikan ruang tamu kelihatan lebih ‘mahal’.

2. Minimalis
Wing chair yang diperbuat daripada fabrik pula akan memberikan efek lebih minimalis kepada satu-satu ruangan.

Pilihan warna gelap seperti biru gelap atau kelabu adalah antara yang disyorkan terutamanya bagi keluarga yang memiliki anak kecil supaya tidak tampak kotor.

3. Moden kontemporari
Tema moden kontemporari antara yang menjadi pilihan ramai pada ketika ini.

Penggunaan wing chair bagi tema itu juga adalah sangat bertepatan. Namun, pilihan warna juga haruslah sedikit terang dan menonjol. Contohnya, warna kuning terang yang akan membangkitkan lagi suasana moden dan kontemporari.

4. Ceria
Jika sofa, dinding dan langsir sudah terlalu kosong, maka pilihan wing chair bercorak adalah yang paling tepat. Jenis bercorak juga kelihatan lebih unik dan ceria untuk membangkitkan suasana di ruang tamu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini