Kecatatan struktur bayi boleh diatasi

Kecatatan struktur bayi boleh diatasi

bayi
SOKONGAN dan kaunseling perlu diberikan bagi mengurangkan perasaan cemas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hati ibu mana tidak hancur apabila dimaklumkan hasil imbasan dijalankan mendapati kandungan mengalami kecacatan struktur.

Namun usah putus asa kerana terdapat beberapa kecacatan struktur yang dikesan boleh diatasi dengan adanya pakar pembedahan yang boleh memberi rawatan pemulihan dengan kaedah perubatan canggih.

Kecacatan struktur termasuk masalah sumbing, usus yang tidak bersambung atau pun masalah sebahagian dari paru-paru yang tidak terbentuk (Congenital cystic adenomatoid hyperplasia).

Ada masalah kecacatan struktur di jantung atau tulang belakang yang boleh dirawat tetapi memerlukan masa yang lama.

Persediaan awal boleh dirancang bersama pakar bedah untuk merawat bayi termasuklah melakukan pembedahan sebelum bayi itu lahir lagi.

Pakar Perunding Obstetriks dan Ginekologi, Prof. Jamiyah Hassan, berkata, menerusi ultrasound, pakar boleh melihat pembesaran bayi dan kelainan pada perkembangan struktur bayi dan bekerjasama dengan pakar pembedahan mengenai rawatan diperlukan selepas bayi dilahirkan.

“Ultrasound digalakkan dilakukan pada usia kandungan 18 hingga 24 minggu bagi melihat pembesaran, struktur dan petanda yang memberi risiko masalah genetik seperti kromosom berlebihan seperti Sindrom Down ataupun masalah genetik yang lain.

“Pakar Fetomaternal cuba mengesan masalah sebelum kelahiran atau membuat ujian sebelum bersalin dan memberikan nasihat kepada ibu bapa mengenainya.

“Bagaimanapun ultrasound tidak boleh memberi kepastian terperinci kewujudan masalah genetik. Sekiranya ada, pakar akan mencadangkan pemeriksaan lebih khusus seperti mengambil air ketuban ataupun uri untuk kepastian. Pemeriksaan juga tidak boleh mengesan 100 peratus masalah struktur bayi,” katanya.

Sekiranya bayi didapati mengalami kecacatan genetik yang dari segi perubatan mendapati bayi tidak boleh hidup atau non compatible with life, keputusan sama ada untuk menamatkan, menggugurkan atau meneruskan kandungan akan dibincang bersama pakar serta kedua ibu bapa tetapi keputusan bergantung kepada ibu bapa sepenuhnya.

Pakar hanya boleh beri nasihat berdasarkan perubatan dan tidak akan mempengaruhi ibu bapa dalam sebarang keputusan diambil.

Pengguguran termaktub dalam seksyen 312 dan 313 Kanun Keseksaan, membolehkan dalam bidang perubatan, janin digugurkan mengikut garis panduan sedia ada dan boleh dilakukan sebelum kandungan mencapai 22 minggu, namun sokongan dan kaunseling perlu diberikan bagi mengurangkan cemas atau putus asa.

Kecacatan seperti sumbing  mempunyai risiko rendah untuk dikaitkan dengan masalah genetik tetapi ia memberi impak sangat besar dari segi gangguan emosi kerana ia membabitkan raut muka.

Pakar bedah plastik dan pakar bedah maksilofacial akan menjalankan pembedahan sebelum bayi mencapai umur setahun dengan kesan parut yang amat kecil dan tidak mengganggu pertuturan.

Buat ujian kromosom
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Sofiah Sulaiman, berkata ultrasound boleh mengesan petanda yang boleh meninggikan risiko masalah genetik.

Ia boleh didapati di otak, ketiadaan tulang hidung, terdapat kepungan air kencing berlebihan di buah pinggang atau pun tulang paha pendek.

“Masalah genetik termasuklan Sindrom Down, Sindrom Edward atau masalah kromosom lain. Sekiranya terdapat tanda ini semasa pemeriksaan ultrasound, akan disarankan untuk membuat ujian kromosom,” katanya.

Ujian kromosom boleh dibuat dengan mengambil air ketuban atau uri yang dilakukan dengan memasukkan jarum ke dalam rahim berpandukan kaedah ultrasound.

Adakalanya pemeriksaan ultrasound tidak boleh mengesan ketumbuhan yang kecil pada struktur bayi.

Ketumbuhan akan lebih ketara dan boleh dikesan menerusi ultrasound sekiranya pemeriksaan dijalankan pada usia kandungan 32 hingga 34 minggu.

“Ada ketumbuhan di uri atau di paru-paru dikesan disebabkan air ketuban yang banyak. Mungkin di peringkat awal ketumbuhan ini terlalu kecil untuk dikesan. Jadi pemeriksaan susulan adalah penting dalam keadaan seperti ini.

“Pakar akan berbincang dengan pesakit sebelum menjalankan ujian berkenaan dan ibu bapa berhak menolak sekiranya enggan melakukannya. Sekiranya ketumbuhan dikesan pada struktur bayi, biopsi tidak boleh dijalankan ketika bayi di dalam kandungan kerana risiko yang tinggi. Bayi akan dirujuk untuk rawatan seterusnya selepas dilahirkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya