Durian Bua Loy pemanis mulut Thailand

Durian Bua Loy pemanis mulut Thailand

durian bua loy
Faezah Sufian berkongsi resipi manisan di Seri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMANIS mulut atau dessert Durian Bua Loy ini adalah juadah yang wajib dicuba jika ke Thailand. Rupanya juga seperti ulas durian dalam pangsa.

Resipi daripada Faezah Sufian atau @adikfoods ini mengikut teknik membentuk Durian Bua Loy cara orang Thailand.

Bua Loy sedap dihidangkan secara panas atau boleh juga ditambahkan ais mengikut selera masing-masing.

Rasa durian dan lemak manis tepung cucur. Kenyal-kenyal lembut memang asyik apabila menikmatinya.

Bahan-bahan A
1 1/2 cawan isi durian (kisarkan dengan 1/2 cawan air)
1 paket tepung cucur lemak manis
1 cawan tepung pulut

Bahan-bahan B
Pewarna kuning
Pewarna putih
1 batang lidi
Air untuk merebus
Air ais untuk merendam

Cara penyediaan
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.

2. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.

3. Kemudian asingkan kepada dua bahagian.

4. Satu bahagian jadikan dua pertiga doh yang diletak pewarna kuning manakala bahagian kedua sebanyak satu pertiga letakkan warna putih.

5. Doh warna putih bentukkan lonjong dan leperkan.

6. Doh warna kuning pula bentukkan bujur juring pada hujungnya seperti durian kucing tidur ataupun ruas durian (tebal sedikit daripada warna putih).

7. Kemudian lekatkan doh warna kuning pada warna putih.

8. Tekan doh warna kuning menggunakan lidi dan bahagikan tiga bahagian untuk membuat bentuk ruas.

9. Kemudian rapatkan atau cantumkan balik ruas yang ditekan.

10. Tekan-tekan dengan lidi pada bahagian tepi untuk membentuk garisan.

11. Aturkan atas dulang kemudian rebus dalam air mendidih.

12. Setelah timbul, angkat dan rendam dalam air ais.

Bahan-bahan C
1 cawan air

1/3 cawan gula

1 cawan santan

Sedikit garam

Cara penyediaan
1. Masak semua bahan sehingga mendidih.

2. Masukkan Durian Bua Loy yang telah sejuk tadi ke dalam santan yang dimasak.

3. Hidangkan dan siap untuk dinikmati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya