Lebih kurang dua minggu sahaja lagi Aidilfitri bakal menjelang tiba setelah sebulan umat Islam berpuasa. Ketika ini, sudah tentulah ramai yang sedang rancak membuat persiapan raya terutamanya golongan ibu dan juga isteri. Seperti tahun-tahun lalu, media sosial juga sudah dibanjiri dengan luahan rasa dan rintihan suami yang pening dan letih dengan persiapan raya isteri. Ada yang memuat naik gambar terpaksa ‘bersidai’ lama di satu-satu kedai sambil menunggu isteri membeli-belah, mengikut…










