Nasi minyak tampak rumit, tetapi kalau sudah mendapat resipi menepati selera, memang ‘ketagih’ untuk memasaknya sebagai hidangan seisi keluarga. Sekiranya anda ingin berkongsi resipi, sila emel ke [email protected]

FB: dapoqeeman
Nasi minyak
(4 orang makan)
Bahan-bahan:
Beras basmathi dua cawan (rendam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masak)
Garam – 1 sudu teh
Pewarna kuning – beberapa titisan Daun pandan – 2 helai
Bawang merah – 2 biji – (mayang)
Halia- 1 inci – (mayang)
Kulit kayu manis – saiz sederhana
Bunga lawang – 3 kuntum
Serai – 1 batang – dititik
Susu cair – 1 cawan
Marjerin – 1 sudu
Cara penyediaan:
1. Panaskan sesudu marjerin dalam periuk nasi. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, hirisan bawang dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan daun pandan, serai dan sesudu garam.
3. Masukkan beras basmathi. Sukatan air, dua cawan beras basmathi bersamaan 4 1/2 cawan air. Untuk nasi minyak, gunakan susu cair, makanya kiraan air ialah dua cawan nasi bersamaan 3 1/2 cawan air + satu cawan susu cair.
4. Bila nasi masak, masukkan beberapa titis pewarna. Tutup periuk seketika. Kacau menggunakan chopstik bagi mengelakkan nasi patah.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
Ayam – digoreng terlebih dahulu.
Bahan tumisan:
*2 biji bawang merah – mayang sederhana dan satu lagi dipotong bulat.
*Halia sebesar ibu jari – hiris nipis.
*Minyak lebihan gorengan ayam.
*Sos cili 1 mangkuk kecil.
*Cili kisar – 2 sudu.
*Susu cair mengikut kepekatan kuah diingini.
*Daun sup dan daun bawang (hiasan).
*Gula perang – 2 sudu besar.
*Garam sesudu kecil.
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah dan halia hingga keperangan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos cili hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan secawan air.
4. Tambah susu cair, garam dan gula.
Jelatah
Bahan-bahan:
*Potong nanas kepada empat bahagian. Buang empulurnya. Potong nanas ikut saiz diingini.
*Timun Jepun saiz sederhana – 2 batang – hiris.
* 1 batang cili merah – hiris.
* 1 biji bawang – hiris.
*Garam dan gula secukupnya.
Cara penyediaan :
Satukan kesemua bahan tadi ke dalam satu bekas. Tambah gula dan garam lalu gaul.










