PERTUBUHAN Fotografi Kelantan (KelFoto) menganjurkan program Kelantan Outing Camera Camp selama dua hari di Bukit Kwong, Rantau Panjang baru-baru ini.
Program ini bertujuan mengembangkan bakat fotografi dalam kalangan peserta sambil memperkenalkan elemen budaya tempatan yang kian dilupai.

Seramai 55 orang peserta menyertai KOCC24, yang turut dibuka kepada jurufoto dan jurukamera.
Kelfoto turut berkolaborasi dengan Canon Malaysia, 3dots – Aputure Malaysia, N4 Camera Store, AEON Mall, pelamin DAMIA dan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menjayakan acara ini.

Peserta berpeluang menggunakan peralatan terkini daripada penaja sama ada merakam secara still photo ataupun video.
Peserta diberi pendedahan segmen fotografi seperti perkahwinan, cahaya kreatif, landskap dan staging.
Genre-genre ini turut dibimbing beberapa pakar dalam segmen masing-masing.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Selain daripada mempelajari ilmu fotografi dan menghasilkan gambar terbaik, ia juga dapat merapatkan silaturahim di antara satu sama lain dan membentuk komuniti fotografi selain merancakkan lagi industri seni kreatif.
Peserta daripada negara jiran turut menyertai kem ini.

Menurut Setiausaha Agungnya, Nazri Bakar objektif utama program ini
supaya industri seni visual terus berkembang dengan penganjuran berterusan, di samping merakam seni kebudayaan tempatan.
Ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan destinasi pelancongan baharu.









