Sup Ketam Nipah dengan lada hitam - Utusan Malaysia

Sup Ketam Nipah dengan lada hitam

Aroma lada hitam dan rempah ratus membangkitkan selera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMASA Covid-19 melanda negara, ketam nipah dikatakan laris, hingga harganya melambung tinggi mencecah RM80 sekilogram.

Ia jadi rebutan kerana ada segelintir yang percaya ketam mampu merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan menerusi hidangan sup.

Walaupun tiada kajian terperinci mengenainya, penyelidik mendapati ketam nipah berpotensi menjadi penawar penyakit kanser dan denggi.

Hujung minggu ini, apa kata sajikan hidangan sup ketam nipah dengan lada hitam buat seisi keluarga buat buka puasa. Aromanya amat membangkitkan selera terutama dalam cuaca dingin dan hujan.

Bahan-bahan:

1 kilogram ketam nipah (dibersihkan dan dipotong dua)

120 gram (g) bawah kecil (dihiris)

80 g bawang putih (dihiris)

30 g halia muda (dihiris)

5 batang serai (diketuk)

20 g lada hitam (kisar kasar)

120 g tomato (belah empat)

100 g lobak merah (potong dadu)

100 g batang saderi (dipotong dadu)

40 g rempah sup

30 mililiter (ml) jus limau nipis

20 ml sos ikan

60 g sos tiram

30 g daun ketumbar (dihiris)

50 ml minyak masak (untuk menumis)

Garam dan gula untuk perasa

2 liter air

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang kecil, bawang putih, halia serta serai hingga kekuningan.

2. Masukkan rempah sup, lada hitam kisar dan sos tiram. Tumiskan sekejap bersama bahan tumisan di atas.

3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan ketam yang dibersihkan, tomato, batang saderi dan lobak merah, kemudian reneh selama 10 minit dengan api sederhana besar.

5. Masukkan jus limau dan perasa secukupnya.

6. Tabur hirisan daun ketumbar dan sup sedia dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.