'Panning' wujudkan foto lebih dinamik - Utusan Malaysia

‘Panning’ wujudkan foto lebih dinamik

Tetapan Pada Kamera: Menggunakan kamera 'mirrorless', lensa 24-105mm, pengatup 1/60, bukaan f/11, iso 50
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Panning adalah teknik fotografi yang menggabungkan kelajuan pengatup perlahan dengan pergerakan kamera mengikut subjek utama yang bergerak.

Ia akan mewujudkan pergerakan laju di sekitar objek yang bergerak. Ini adalah cara untuk memastikan subjek anda tetap tajam walaupun latar belakang subjek kabur.

Teknik panning biasanya dilakukan pada subjek yang bergerak secara mendatar seperti kereta bergerak atau orang berlari.

Ia bukan sahaja boleh dilakukan secara mendatar tetapi juga boleh dilakukan secara menegak.

Hasil teknik panning yang baik, tetapan kamera harus dipadankan dengan kesesuaian mengikut kelajuan subjek.

Bukaan pengatup kelajuan lebih lama adalah kunci untuk mendapatkan kabur gerakan yang lebih baik. Imej yang terhasil akan memberi kesan aksi pantas dan lebih impak.

Teknik panning ini tidaklah begitu mudah namun apabila ia berjaya dirakamkan dengan baik ia mampu menambahkan kesan dinamik pada gambar.

 

Tetapan pada kamera: Menggunakan kamera DSLR, lensa 16-35mm, pengatup 1/125 bukaan f/13, ISO100

 

 

Tetapan Pada Kamera: Menggunakan kamera mirrorless, lensa 24-105mm, pengatup 1/30sec, bukaan f/14, ISO125
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×