Gambar hitam putih menggabungkan spektrum warna hitam dan putih, dari menghasilkan gradiasi warna kelabu.
Gambar yang hanya menggunakan dua warna putih dan hitam akan kelihatan serupa dengan siluet. Terma ‘gambar hitam putih’ lebih tepat dengan gambar monokromatik.
Fotografi monokromatik bertujuan mengelakkan daripada gangguan warna dan membantu penonton fokus pada aspek lain dalam foto itu sendiri seperti subjek, tekstur, corak dan komposisi.
Ia boleh digunakan sebagai teknik komposisi yang sama seperti rules of third yang kebiasaannya digunakan dalam fotografi warna.

Juru foto yang memilih mengubah gambar mereka kepada monokromatik adalah untuk membawa penonton supaya lebih menghayati pengisian sesebuah gambar itu.
Tujuannya supaya emosi dan mesej dalam sesebuah gambar itu dapat disampaikan.
Dalam dunia digital zaman sekarang banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mengubah foto itu menjadi monokromatik.
Ramai beranggapan foto hitam putih itu mudah, walhal banyak aspek yang juru foto itu mesti ambil berat seperti waktu pencahayaan supaya foto itu jadi lebih dramatik.
Penghasilan senaskhah foto monokromatik yang bagus itu agak sukar untuk dihasilkan berbanding dengan foto warna.











