Lufya cedera diserang penculik

Lufya cedera, dakwa diserang penculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar mendakwa, dia diserang seorang individu apabila cuba menyelamatkan puterinya, Laana Haura daripada diculik di sebuah taman permainan di sekitar Kota Damansara, dekat sini, kelmarin.

Menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi keadaan wajahnya terkini yang dilihat mempunyai kesan kecederaan akibat diserang penculik tersebut.

Katanya, individu itu memukulnya menggunakan batang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

“Dua hari lepas, Fya diserang seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Waktu itu kami berada di taman permainan Kota Damansara, lebih kurang pukul 5 petang.

“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.

“Alhamdulillah, anak selamat dan Fya pun selamat. Saya seorang pejuang! Terpanggil nak kongsi sesuatu yang penting untuk kita semua,” katanya di Instgram.

Lufya berkata, setiap wanita terutama bergelar ibu perlu mempunyai ilmu asas mempertahan diri agar dapat melindungi diri dan anak jika kejadian seperti ini berlaku.

“Apa yang Fya nak sampaikan di sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri, walaupun kita ini wanita yang lemah. Kita perlu ada ilmu mempertahan diri. Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga Fya dapat melawan dan menyelamatkan anak Fya,” kongsinya.

Dalam pada itu, Lufya juga menekankan kita haruslah sentiasa berwaspada selain memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan mereka.

“Syukur Alhamdulillah, moralnya adalah kita hendaklah sentiasa berwaspada. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya